Monday, March 16, 2009
TEMUDUGA... TERBUKA KEPADA SIAPA2 SAHAJA DRI BWAH 60 TAHUN
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA
SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C.Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari
saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa
siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk
saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes
mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan
Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.
Siapa Tuhan anda?
2.
Apa Agama anda?
3.
Siapa Nabi anda?
4.
Apa Kitab anda?
5.
Di mana Kiblat anda?
6.
Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi).
Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu
dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad
Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang
itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka
meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup
di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanannya,
Labels:
Akhirat,
Alam Barzakh,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment